Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Syabas, Abdul Raof Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati sambungan haram secara terus daripada paip utama dipercayai digunakan untuk keseluruhan kerja-kerja tapak projek berkenaan.

“Hasil siasatan dan aduan orang ramai mendapati terdapat dua sambungan bekalan air secara tidak sah menggunakan paip jenis High Density Polyethylene masing-masing berukuran 32 milimeter (mm) dan 15mm di tapak berkenaan.

“ Sehubungan itu Suruhanjaya Perhidmatan Air Negara (SPAN) akan mengeluarkan notis kesalahan di bawah peruntukan Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 kepada kontraktor terlibat,” katanya kepada pemberita selepas turut serta dalam operasi penguatkuasaan memotong sambungan haram di tapak tersebut yang turut disertai Eksekutif Kanan Unit Komunikasi dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Loh Pit Mui.- UTUSAN ONLINE