Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd. Fazil Ismail berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada anggota, pakar-pakar daripada Jabatan Bekalan Air, Jabatan Mineral Geosains, Jabatan Kerja Raya, Institusi Jurutera Malaysia serta juru perunding bebas.

“Antara perkara yang akan diberi perhatian oleh jawatankuasa ini adalah sebab-sebab kejadian paip pecah di Lebuhraya WCE dan memberi syor serta cadangan bagi mencegah kejadian yang sama berulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, paip utama yang berdiameter 1,400 (mm), 900 mm serta 600 mm pecah dan mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna di 65 kawasan di Wilayah Klang yang melibatkan sebanyak 175,036 akaun pengguna.-UTUSAN ONLINE