Pengerusi SPAN, Charles Santiago dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan susulan kejadian paip utama pecah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pantai Baraht (WCE) Banting – Taiping.

“Di bawah peruntukan Seksyen 54 dan 55 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655), operator air mempunyai tanggungjawab untuk mengemas kini laporan perkembangan gangguan bekalan kepada pengguna dari semasa ke semasa melalui kenyataan media, laman web dan media sosial.

“Oleh yang demikian, Air Selangor perlu mematuhi kehendak akta tersebut dengan memaklumkan kepada pengguna tentang status kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan dan status pemulihan ke kawasan-kawasan terlibat.

“SPAN juga akan terus memantau secara rapi kerja-kerja pembaikan ke atas paip-paip tersebut bagi memastikan bekalan air pulih dengan segera,” katanya. - UTUSAN ONLINE