PIBG SMK Bukit Rahman Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dijadual menyempurnakan majlis tersebut yang akan diadakan di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh.

``Majlis ini juga bertujuan menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada SMK Bukit Rahman Putra kerana telah diberi peranan dan kepercayaan untuk dinobatkan sebagai sekolah rintis PIMA.

Di samping itu, majlis makan malam yang dianjurkan bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM100, 000 yang akan digunakan pihak sekolah untuk tujuan pendidikan dan prasarana,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini.

Antara lain, menurut kenyataan itu lagi, dana yang terkumpul akan digunakan untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik murid terutama bagi kelengkapan pembelajaran abad ke-21 dan program ke arah peningkatan akademik.

Dana itu juga untuk membiayai pembangunan dalam bidang kokurikulum khususnya untuk membiayai pembinaan gelanggang serba guna yang akan digunakan untuk melaksanakanaktiviti sukan dan kokurikulum dengan lebih selesa dan efisien di samping bagi tujuan pembangunan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan menjana tabung PIBG SMK Bukit Rahman Putra.

Jelasnya, sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai atau cek ke dalam akaun PIBG SMK Bukit Rahman Putra (No akaun 8002803319), pembelian meja makan malam RM5,000 bagi satu meja untuk 10 orang, RM3,000 (10 orang satu meja) dan RM1,000 (10 orang satu meja) serta sumbangan lain seperti hamper dan hadiah cabutan bertuah.

Segala pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi nama seperti tertera Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Rahman Putra, Datuk Azmin Mustam (012-2359208); ahli PIBG SMK Bukit Rahman Putra, Ramli (012-6259387); Pengetua SMK Bukit Rahman Putra, Ahmad Ismail (019-2235481) dan Penolong Kanan, Norizan Zainal Abidin (012-9396768). - UTUSAN ONLINE