Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas Skyworld Datuk Ng Thien Phing berkata tanah itu akan diguanakan bagi projek pembangunan bercampur di kenali sebagai SkySierra.

“Projek itu akan dilancarkan secara berfasa dan fasa pertama pembangunan, yang terdiri daripada hartanah kediaman memiliki nilai pembangunan kasar RM776 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

The Valleys yang merupakan fasa pertama SkySierra dijangka dilancarkan pada separuh kedua 2019, sedang menunggu kelulusan dan dijangka mengambil masa kira-kira empat tahun untuk disiapkan.

“Pembangunan ini menawarkan 1,309 unit kediaman dengan harga kemasukan rendah mampu milik bagi penduduk bandar hari ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata pembelian tanah itu dibuat di bawah urus niaga terbuka dan mematuhi semua keperluan tadbir urus. - BERNAMA