Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah menjalankan operasi tersebut di beberapa lokasi berlainan iaitu Ayer Tawar, Taiping dan Ipoh.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, beberapa peralatan komunikasi telah dirampas untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.