Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid memaklumkan, pelaksanaan skim sebanyak RM100 setiap bulan bermula Februari hingga Ogos itu akan memperuntukkan kos sebanyak RM670 untuk satu bahagian lembu korban.

Sementara itu, sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan pada Majlis Korban MPSJ 2019 di Surau An-Nur, Jalan TP2, Taman Perindustrian UEP, Subang Jaya dekat sini, hari ini.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan hadir menyempurnakan majlis berkenaan dan turut menyumbangkan seekor lembu untuk majlis itu.

Tambahnya, MPSJ mengagihkan daging-daging korban itu di 24 Zon Jawatan Kuasa Penduduk (JKP) yang berada di bawah pentadbirannya.

"Pada tahun ini, seramai 312 penerima iaitu 13 orang wakil bagi setiap Zon JKP yang terdiri daripada asnaf dan golongan berpendapatan rendah (B40) telah dikenal pasti melalui Program Pemberdayaan Komuniti MPSJ.

"MPSJ juga memberi tumpuan kepada masyarakat Rohingya yang hidup susah di negara ini untuk menerima daging korban," katanya dalam satu kenyataan.

Majlis korban yang bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 1 petang itu disertai oleh kira-kira 122 kakitangan MPSJ dan turut mendapat kerjasama daripada Ahli Kelab Sukarelawan Subang Jaya. - UTUSAN ONLINE