Balai Seni Negara dalam kenyataan di sini berkata, program yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang itu bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan tentang dunia seni kepada golongan belia.

“Selain itu, ini juga dapat memberi peluang pekerjaan atau pembelajaran yang wujud daripada pemahaman seni visual, sekali gus membuka minat untuk mempelajari kemahiran baharu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti menarik diisi sepanjang acara antaranya bengkel seni, perkongsian pengalaman dan persembahan hiburan.

“Balai Seni Negara mengalu-alukan kehadiran orang ramai merasai pengalaman mencipta hasil seni sendiri.

“Orang ramai boleh mengisi maklumat pada borang pendaftaran secara dalam talian melalui pautan http://bit.ly/artforyouth2019 untuk pengesahan tempahan slot aktiviti.

“Setiap bengkel mempunyai tempat yang terhad dan akan diberikan keutamaan kepada mereka yang mendaftar terlebih dahulu,” katanya. - UTUSAN ONLINE