Penduduk mendakwa sebelum ini hanya satu daripada tiga lif di situ berfungsi dan satu-satunya kemudahan yang menjadi tempat bergantung mereka menjalani kehidupan harian.

Namun apabila sejak sebulan lalu satu-satunya lif di situ juga rosak ia benar-benar menimbulkan kemarahan penduduk.

Lebih menimbulkan rasa terkilan masalah itu berlaku ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit hari ini mendapati, kegagalan ketiga-tiga lif itu berfungsi menyebabkan pendu­duk berek berusia lebih 30 tahun itu terpaksa turun naik menggunakan tangga ke kediaman masing-masing.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia semakin hilang sabar akibat masalah ter­sebut sehingga kini tidak mendapat perhatian pihak bertanggungjawab.

“Bayangkan warga emas, ibu mengandung dan kanak-kanak terpaksa menggunakan tangga turun naik untuk berurusan se­tiap hari. Keadaan ini juga turut me­nyulitkan jika penduduk mahu mengangkat barangan berat se­perti perabot,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Utusan Malaysia difahamkan, proses lantikan baharu kontraktor sedang dilaksanakan bagi kerja-kerja baik pulih lif rosak di berek berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, bukan sahaja masalah lif rosak, berek itu turut berdepan masalah bumbung bocor dan sampah sa­rap sehingga mencemarkan per­­sekitaran.