Ia didakwa menyebabkan sekolah tersebut berhasil membolot kira-kira 500 lot parkir berhampiran lebuh raya itu walaupun kedudukan lot parkir tersebut terletak 500 meter dari kawasan sekolah.

Menurut Setiausaha Agung Otai Reformis, Abdul Razak Ismail, ia menafikan hak penduduk berdekatan kerana kawasan itu diguna pakai sepenuhnya oleh sekolah tersebut.

“Kita nak pertikaikan kenapa sekolah yang terletak 500 meter diberi keutamaan membolot keseluruhan 500 tapak lot parkir. Apa kepentingan sekolah itu sedangkan orang di kiri kanan tak diberi kebenaran.

“Sekolah ini terlampau jauh (dari kawasan parkir). Kenapa kamu tak beri kepada orang (yang tinggal) berdekatan, mereka perlu juga padahal mereka ada buat permohonan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 1 di sini hari ini.

Sidang akhbar itu dibuat selepas Otai Reformis menghantar memorandum berhubung perkara tersebut kepada pegawai khas Menteri Wilayah Persekutuan di bangunan yang sama. - UTUSAN ONLINE