Pertandingan yang masuk tahun ketujuh penganjurannya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lum­pur (DBKL) itu membawa tema Jom Pancing, Rakyat Ceria, Komuniti Sejahtera.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri berkata, siri sulung pada Ahad ini adalah yang pertama dari 10 lokasi pertandingan.

Menurutnya, pada tahun ini, hadiah wang tunai keseluruhan dinaikkan kepada RM19,000 berban­ding tahun sebelumnya RM16,000.

“Juara pertandingan akan membawa pulang RM8,000, naib juara RM3,000, manakala tempat ketiga memperoleh RM1,000.

“Pemenang tempat keempat menerima RM400, tempat kelima hingga ke-10 (RM250), manakala tempat ke-11 hingga 20 (RM150).

“Turut menerima wang tunai tempat ke-21 hingga 30 (RM100), diikuti tempat 30 hingga 50 (RM70) dan tempat 51 hingga 70 (RM50) setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik berkenaan antaranya patin seberat empat hingga lima kilogram di tasik ber-kenaan di sini.

Menurut Khairul Anuar, pemilihan tasik berkenaan adalah kerana keunikannya yang turut menjadi habitat kepada banyak spesies ikan terbaik termasuk tongsan dan toman.

Yuran penyertaan adalah RM35 bagi setiap joran dan pendaftaran boleh dibuat di meja urus setia di lokasi pertandi­ngan pada Sabtu ini dari pukul 1 tengah hari hingga 10 malam.

Maklumat lanjut mengenai JPKL 2018 boleh diperoleh melalui laman sosial Facebook di JoranKL atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 atau 012-2846811.