Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Zaharudin Basiron berkata, penganjuran acara yang mengangkat slogan ‘Wilayah Ceria, Rakyat Sejahtera’ itu juga memberi ruang warga kota beriadah bersama keluarga pada hujung minggu.

“Setiap penyertaan dikenakan yuran RM30 dengan pertandingan bermula pukul 8.15 pagi dan tamat pukul 12.15 tengah hari. Juara pertandingan ini akan membawa pulang wang tunai RM7,000 diikuti RM3,000 untuk naib juara dan RM1,000 bagi tempat ketiga.

“Pemenang keempat hingga ke-10 pula akan menerima RM250, pemenang tempat ke-11 hingga 20 menerima RM150, pemenang tempat ke-21 hingga 30 akan menerima RM70 manakala pemenang tempat 30 hingga 60 akan menerima RM40 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sosial Facebook: JoranKL atau menghubungi urus setia di talian 013-305 2811, 013-266 7011 atau 012-284 6811. - UTUSAN ONLINE