Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Azhar Ghazali berkata, inisiatif itu dilaksanakan dalam usaha menstruktur semula laluan yang bertindih di koridor Cheras dan Sungai Besi.

“Lima laluan bas Rapid KL iaitu di Jalan 401 (Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang ke Lebuh Pudu) dan BET 2 (Bandar Sg. Long ke Lebuh Pudu) ditamatkan dan akan melalui laluan 590.

“Manakala laluan 452 (Tasek Kesuma ke Lebuh Pudu) akan melalui T450 dan BET 8 (Semenyih Sentral ke Lebuh Pudu) melalui T450 serta laluan T584 (Desa Petaling ke Transit Aliran Ringan (LRT) Salak Selatan) bagi laluan 580,” katanya.

Azhar berkata, perubahan laluan itu merupakan kali kedua dilakukan selepas perubahan di laluan koridor Ampang yang dilaksanakan pada 15 Disember tahun lalu dengan lapan perkhidmatan yang disediakan berserta jadual perjalanan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web www.myrapid.com.my atau ke aplikasi Facebook Rapid KL untuk melihat jadual dan perubahan laluan terkini. - UTUSAN ONLINE