berbuka2
 

Majlis tahunan tersebut dianjurkan oleh Rejimen Renjer Diraja dan Kor Polis Tentera Diraja yang mana Tuanku Syed Sirajuddin adalah Tuanku Kolonel Yang DiPertua bagi kedua-dua kor Tentera Darat itu.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi Rejimen Renjer Diraja, Mejar Jeneral Datuk Din Hj Abu serta para pegawai tertinggi kedua-dua kor berkenaan.

Turut hadir mengiringi Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan Perlis ke majlis iftar disusuli solat maghrib, isyak dan sunat tarawih secara berjamaah itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, cucunda sulung baginda berdua, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, kerabat diraja, para pembesar negeri Perlis serta para pegawai kanan kedua-dua kor itu.