Khalid berkata, pemberian khusus bagi tahun 2019 itu sebagai menghargai sumbangan PVATM dalam pembangunan sosial selain menjaga kebajikan para veteran tentera dan ahli keluarga, khususnya di Wilayah Persekutuan.

"Saya tahu untuk melakukan kerja-kerja amal ini memerlukan pengorbanan masa dan wang ringgit serta memerlukan dana yang mencukupi.

"Oleh itu, kebajikan anggota veteran mesti diutamakan dan kementerian akan terus menyokong usaha-usaha PVATM Wilayah Persekutuan dalam membantu golongan veteran," katanya.

Beliau yang juga Penaung PVATM Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Tahunan PVATM Wilayah Persekutuan kali ke-42 di sini.

Dalam majlis itu, seramai 10 daripada 6,391 orang ahli persatuan PVATM Wilayah Persekutuan dipilih sebagai penerima Pingat Sentiasa Berjuang. - UTUSAN ONLINE