Penaung Yayasan Amal Wangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata, projek awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM19.5 juta itu beri kelegaan terutama penduduk di Keramat dan sekitarnya.

Beliau yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat berkata, kemudahan dewan utama, gelanggang badminton, perpustakaan dan bilik-bilik khas boleh dimanfaatkan untuk tujuan majlis keraian dan aktiviti persatuan-persatuan penduduk di sini.

“Projek pusat komuniti ini sudah lama dinanti penduduk terutama bagi mendapatkan dewan besar bagi menjalankan sebarang program dan kenduri kahwin yang agak terhad dalam kawasan ini,” katanya dalam sesi lawatannya ke pusat komuniti itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE