Pengerusinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, empat kerusi itu kini dalam pemerhatian khusus dan akan melipat gandakan kekuatan jentera kempen ke kawasan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, penguasaan BN di empat kawasan Parlimen sedia ada iaitu Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa diterima baik pengundinya serta mula disedari penduduk dan pengundi di kawasan lain.

“Parti komponen terlibat lain juga diminta bersiap sedia semasa berkempen dan saya percaya bahawa dengan pelancaran Jalinan Rakyat (JR) Plus 2.0 Peringkat Wilayah Persekutuan ini dapat membantu parti komponen lain mengendalikan kempen lebih berkesan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran program berkenaan di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO merangkap Pengerusi JR Plus 2.0, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas serta ketua-ketua dan wakil seluruh parti komponen BN Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE