Beliau berkata, tidak sepatutnya ada prosedur yang terlalu terbuka yang membolehkan para menteri Kabinet menghabiskan masa mereka dengan berkempen sepanjang masa.

“Sekiranya anda terbuka, menteri-menteri boleh sahaja menghabiskan masa berkempen sepanjang masa yang juga buruk (untuk pentadbiran). Jika mereka melakukannya, mereka (menteri) harus mengambil cuti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bicara bertajuk “Digital Agenda Asas ‘di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Anwar yang Anggota Parlimen Port Dickson berkata demikian susulan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bahawa kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai sekatan terhadap menteri Kabinet untuk berkempen ketika waktu bekerja.

Dr. Mahathir berkata sekatan itu seolah-olah memberikan peluang kepada pemimpin parti pembangkang yang tidak mempunyai kerja untuk berkempen selama 24 jam.


Sementara itu, Anwar juga menyokong usaha kerajaan untuk memerangi rasuah dengan memperluaskan inisiatif pengisytiharan harta meliputi Ahli Parlimen pembangkang dan langkah itu sepatutnya disokong dengan baik oleh mereka untuk memperjuangkan ketelusan dan akauntabiliti.- BERNAMA