Prolintas dalam kenyataannya berkata, program itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan dengan kumpulan pelajar dan penduduk di sekitar kawasan pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Hulu Klang (Suke) dan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash).

“Sekolah terpilih merupakan sekolah berhampiran jajaran Suke iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasik Selatan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Selatan.

“Sementara sekolah berhampiran jajaran Dash pula adalah SMK Seksyen 4, Kota Damansara dan SK Bukit Lanjan, Damansara Perdana,” demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE