Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, usaha itu digerakkan khas untuk tujuan pembangunan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara - Shah Alam (Dash).

Katanya,orang ramai boleh menyalurkan maklumat dan cadangan menerusi aplikasi itu ataupun terus berhubung di kaunter bergerak yang akan beroperasi bermula hari ini.

“Ini selaras dengan falsafah syarikat yang mengutamakan kualiti, teknologi dan tanggungjawab kepada rakyat dalam memajukan projek infrastruktur.

“Orang ramai terutamanya komuniti di sepanjang jajaran lebuh raya di bawah kumpulan ini, adalah keutamaan kami dan diminta untuk menyalurkan pandangan bagi manfaat bersama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh hadir merasmikan majlis pelancaran kempen tersebut di Pejabat Operasi SUKE. - UTUSAN ONLINE