Prolintas dalam kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan sementara secara berperingkat-peringkat itu akan bermula hari ini sehingga Ahad ini.

Katanya, pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan pembinaan.

“Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) di talian 03-2692 6733, 03-2693 5733 atau talian bebas tol AKLEH 1-300-88-1012.

“Pengguna juga boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter - @AKLEHtrafik. Maklumat lanjut berhubung penutupan ini boleh diperolehi dari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways,” demikian menurut kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE