Menteri Wilayah Persekutuan,Khalid Abd. Samad berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan berlangsung untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

“Dalam tempoh tersebut, kempen kepentingan menjaga kebersihan kawasan perumahan akan dijalankan dan diharap ia memberi kesan berpanjangan sekali gus mengubah landskap PPR serta PA agar lebih ceria.

“PPR dan PA merupakan perintis sebelum diperluas ke taman-taman perumahan lain sekitar ibu kota,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program tersebut di sini hari ini.