Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali yang memberitahu, pengalaman serta cara Malaysia menguruskan permasalahan itu sering dijadikan contoh dan ikutan negara lain.

Beliau juga memberitahu, dalam lawatan kerja ke beberapa negara, perkara yang sering diminta untuk dikongsi ialah kaedah pemutihan dilaksanakan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri.

“Kita menjadi ikutan kerana meskipun melaksanakan penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin, namun kita masih melihat kepada aspek hak asasi manusia.

“Misalnya program pengajian dan penempatan semula PATI atau Rehiring. Mereka tertarik dan mahu perhalusi program ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri forum keselamatan sempadan bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia ( Natsec) 2018 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE