Syarikat itu berkata, program yang dilancarkan di sebuah hotel di sini baru-baru ini bertujuan memperingati ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia selain usaha menjadikan 2020 sebagai tahun pelancongan budaya Malaysia.

“Lebih daripada 100 tetamu terdiri daripada pegawai pelbagai jabatan kerajaan, pemimpin dewan perniagaan dan usahawan negara China dan Malaysia terut serta dalam program ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihaknya merancang untuk mengadakan dua acara utama dalam usaha mempromosikan kebudayaan dan pelancongan negara iaitu penggambaran filem dan pertandingan seni lukis khas untuk kanak-kanak berusia antara dua hingga 15 tahun.

“Kami akan menjemput beberapa tokoh media terkenal dari Malaysia dan China untuk terlibat dalam sesi penggambaran filem yang bertujuan mengetengahkan tarikan dalam sektor pelancongan, budaya perniagaan, pendidikan, pelaburan dan persekitaran perubatan di negara ini.

“Sehubungan itu, syarikat perhubungan awam tempatan diharap dapat menggunakan kepakaran media masing-masing untuk meningkatkan kedudukan jenama Malaysia di arena global.

“Semasa pelancaran program ini, kami menandatangi perjanjian kerjasama strategik bersama Shanghai Shengli Lai Culture Development Co Ltd untuk merancang penggambaran filem berjudul ‘Jelajah mengelilingi Malaysiaa melalui mikrofilem.’

Tambah kenyataan itu, bagi pertandingan lukisan seni khas pula, pihaknya telah memulakan peraduan utama sebagai usaha melaksanakan aktivitikebajikan untuk komuniti di negara ini, iaitu Jua Hua China kanak-kanak pada hari yang sama.

“Lukisan hasil karya kanak-kanak akan dipamerkan di lebih 180 bandar di China untuk merangsang pertukaran budaya antara Malaysia dan China terutama dalam seni dan budaya.

“Tambahan pula, peraduan ini juga membantu mengembangkan potensi anak muda dan belia di negara ini dan membolehkan mereka mendapat lebih banyak pendedahan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Yang turut hadir, Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Hubungan Antarabangsa (Budaya), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Surya Kumar Subramaniam. - UTUSAN ONLINE