PROGRAM Hari Tanpa Kenderaan itu akan diadakan bersama Festival Merdeka yang bermula 23 Ogos ini selama tiga hari. - UTUSAN ONLINE

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memberitahu, program itu akan diadakan bersama Festival Merdeka yang bermula 23 Ogos ini selama tiga hari di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang dekat sini.

"Orang ramai dialu-alukan untuk hadir bersama seisi keluarga bagi memeriahkan festival ini.

"Sebarang pertanyaan berhubung program atau festival, boleh terus hubungi kakitangan Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap MPAJ iaitu Az di talian 019-221 4089 atau Asyraf di 017-820 4448," katanya. - UTUSAN ONLINE