ZAMBRI MOHD. ISA

Hal demikian kerana, menurut Pengerusi Keilmuan Nasio­nal, Zambri Mohd. Isa, apa yang dibangkitkan pihaknya adalah latar belakang keanggotaan PPKPI yang tidak dinyatakan de­ngan jelas oleh Kementerian Pendidikan.

Jelas beliau, tidak timbul langsung soal fitnah atau menu­duh Nie Ching mencampuri urusan mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) kerana perkara itu telah dinyatakan sendiri kementerian dalam kenyataan rasmi berhubung perkara ber­kenaan.

‘‘Kami hanya persoalkan mengenai latar belakang keanggotaan dan mengapa kementerian mahu mengambil cada­ngan daripada orang bukan Islam sedangkan mata pelajaran Pendidikan Islam melibatkan soal akidah.

‘‘Mata pelajaran Pendidikan Islam bukan seperti Sejarah, Geografi atau mana-mana subjek lain. Perkara sebegini tidak boleh dibuat main. Sebaiknya Kementerian Pendidikan perlu menerima cadangan daripada mereka yang benar-benar berilmu tentang subjek ini,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nie Ching dalam kenyataan hari ini menyifatkan tuduhan bahawa dirinya cuba untuk mencampuri urusan mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) sebagai tidak berasas dan satu fitnah.

Beliau berkata, tindakan itu secara tidak langsung bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah turut menjejaskan kredibiliti MPPK.

Tambah Zambri, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik perlu mengambil peranan de­ngan memberi nasihat kepada Nie Ching supaya menguruskan isu ini dengan berhemah.

‘‘Mungkin Nie Ching tidak memahami isu yang kami bangkitkan. Kami tidak langsung menuduh atau memfitnah beliau mahu pun mempersoalkan kredibiliti Tan Sri Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin yang akan memimpin PPKPI.

‘‘Niat menubuhkan pasukan ini dilihat sangat bagus namun pelaksanaannya tak betul. Lagi pun, sekiranya Nie Ching tak salah mengapa beliau me­ma­­damkan hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya berkaitan perkara ini?,’’ soalnya.