Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

PKB sumbang RM58,000 sempena Aidiladha

AFFENDI ZAHARI (tiga kiri) beramah mesra bersama wakil penerima 3
AFFENDI ZAHARI (tiga kiri) beramah mesra bersama wakil penerima sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Hari Raya Aidiladha di Pejabat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB), Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN ONLINE/GHAZALI BASRI

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) menghulurkan bantuan kewangan termasuk lima ekor lembu berjumlah RM58,000 untuk pelaksanaan ibadah korban di Kampung Baru sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Pengerusinya, Datuk Affendi Zahari berkata, bantuan yang merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu diberikan kepada 18 penerima daripada wakil masjid, surau, persatuan dan kawasan rukun tetangga (KRT) di Kampung Baru.

“Sumbangan ini dilaksanakan secara tahunan sejak penubuhan PKB lima tahun lalu. Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban dan meningkatkan semangat untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Sumbangan PKB sempena Sambutan Aidiladha di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain