Acara tahunan buat kali kedua anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bertujuan meningkatkan kesihatan dan kecergasan fizikal peserta selain memperkukuhkan lagi hubungan mereka sempena sambutan Hari Malaysia.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain, seramai 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam acara larian berkenaan yang berlangsung di Pusat Bandar Seksyen 52, di sini.

“Objektif penganjuran program bertujuan mengimarahkan kemasyarakatan belia bersama komuniti di samping menyuntik semangat cintai negara dan untuk kesejahteraan komuniti.

“Selain itu, ia secara tidak langsung dapat menjalinkan kerjasama dan hubungan dua hala antara peserta dengan pihak majlis seterusnya menambah baik mutu perkhidmatan kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan acara itu baru-baru ini.

Program berkenaan turut diisi dengan pelbagai aktiviti lain antaranya pertandingan kereta tamiya, pertandingan mereka cipta dan inovasi bahan kitar semula remaja, pertandingan mewarna kanak-kanak, jualan dan persembahan motorbike. - UTUSAN ONLINE