MBPJ memaklumkan, program yang bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan dan mengawal pencemaran udara di bandar itu diisi dengan pelbagai aktiviti menyihatkan.

“Ini termasuk ‘purple walk-walk for health’, pj joran, pj smart ride, senamrobik, pertandingan sukan tradisional, mewarna, busana tradisional kreatif dan sebagainya.

“Program yang diperkenal sejak tahun 2013 itu juga sebagai inisiatif Local Agenda 21 Petaling Jaya untuk mencapai matlamat bandar raya berkarbon rendah,” menurut kenyataan tersebut di sini hari ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berharap program ini dapat menggalakkan masyarakat setempat mengutamakan kemudahan pengangkutan awam, berbasikal dan lain-lain inisiatif yang mesra alam sekitar. - UTUSAN ONLINE