Pada Janji Ke-12 dalam manifesto tersebut selain menyebut mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstrukturkan semula Jabatan Perdana Menteri, dinyatakan secara jelas dan terperinci bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutamanya jawatan Menteri Kewangan.

Bagaimanapun berdasarkan pengumuman hari ini menyaksikan Pardana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turut memegang jawatan lain dalam Kabinet.

Semalam Exco Pemuda Pas Malaysia, Nurul Islam Mohamed Yusoff turut melahirkan kebimbangan Dr. Mahathir tidak mengotakan janji untuk memisahkan sepenuhnya Kementerian Kewangan daripada  Perdana Menteri apabila kini keputusan dan tindakan penting di kementerian itu dirujuk kepada beliau ekoran kedudukan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan masih lagi tergantung - UTUSAN ONLINE