Pegawai Komunikasi Kor­porat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, inisitif itu diambil bagi merungkai persoalan yang ditimbulkan me­mandang­kan rancangan asal bagi lokasi ta­nah rizab awam tersebut merupakan sebuah taman rekreasi.

“Kita akan membuat perjumpaan dengan penduduk dalam masa terdekat iaitu pada minggu hadapan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Yang Dipertua MPAJ, Abd. Hamid Hussain juga menegaskan bahawa perkara tersebut telah disentuh oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menerusi satu ke­nyataan semalam.

Difahamkan, Azmin menjelaskan bahawa projek pembinaan pusat konvensyen itu tidak akan dijalankan secara tergesa-gesa dan kerajaan ne­geri memberi jaminan kepada penduduk Taman Melawati pembinaan taman rek­reasi te­tap akan di­te­ruskan.

Baru-baru ini, kira-kira 30­,000 pendu­duk di ka­wa­san berkenaan memban­tah projek itu kerana di­­dak­wa menyebabkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas.

Tapak berkeluasan 1.32 hektar yang sepatutnya dibina sebuah taman rekreasi itu didakwa telah diubah tanpa pengetahuan dan persetujuan penduduk setempat sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan negeri telah menjanjikan kawasan itu untuk dijadikan taman rekreasi.

Sebanyak lebih 2,000 tandatangan petisyen bantahan cadangan pelan itu berjaya dikumpul dan dihantar kepada pihak berwajib.