Ketua Pegawai Eksekutif PFSB, Haslinda Khalid berkata, program tersebut yang dijangka disertai sebanyak 150 peserta menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM5,500.

Beliau berkata, yuran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM30 seorang dan pendaftaran boleh dibuat di Taman Warisan Pertanian di sini.

“Pemenang pertama pertandingan ini akan menerima wang tunai RM2,000, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing bakal membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 dan RM500.

“Selain itu, kita turut menyediakan pelbagai hadiah cabutan bertuah lain yang bernilai RM2,000,” katanya dalam sidang akhbar selepas melepaskan 250 kilogram (kg) ikan patin dan pacu ke dalam kolam tersebut di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Urusan Menawar Resources Sdn. Bhd., Abdul Wahab Khalid.

Menurut Haslinda, orang ramai yang berminat untuk menyertai acara tersebut boleh menghubungi talian telefon 03-88882722 pada waktu pejabat atau emel ke [email protected] atau melayari laman sosial http://facebook.com/tamanwarisanpertanian. - UTUSAN ONLINE