POSTER KLYES 2018

Pengurus projek KLYES 2018, Nabila Rasli berkata, acara yang berlangsung selama dua hari yang akan bermula esok menyasarkan sebanyak 192 peserta terdiri daripada belia berumur antara 18 sehingga 30 tahun.

“Terdapat dua permainan yang bakal dipertandingkan iaitu Defense of the Ancients (Dota 2) dan Fifa 18 dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM7,600.

“Pogram ini bertujuan mengembangkan lagi sukan eletronik (e-sukan) dalam kalangan generasi muda negara ini selain menarik minat masyarakat menyokong industri e-sukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Nabila, penganjuran pertandingan itu juga selaras dengan hasrat dan inspirasi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memperkasakan e-sukan di Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Sukan elektronik ini akan membuka peluang kepada rakyat Malaysia membuktikan bakat serta kebolehan mereka dalam permainan video.

“Selain itu penganjuran ini juga diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai potensi sebenar sukan ini,” katanya.

Kata Nabila, program itu mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Sukan Elektronik Malaysia. - UTUSAN ONLINE