Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengetua Karen Barnes Dance Studies, Karen Barnes dan Ketua Pegawai Operasi Ken Barnes Soccer Skills, P. Subramaniam. Program ini telah masuk tahun ke-27 pengoperasiannya di ibu negara.

Seramai 42 murid berusia di antara empat hingga 19 tahun membuat persembahan bergaya dan penuh bertenaga selama lebih dua jam di hadapan lebih 400 para tetamu yang hadir.

Turut diadakan ialah majlis penyampaian anugerah-anugerah berupa piala dan juga pingat kepada para pelajar cemerlang sekolah berkenaan.

Tambah istimewa Dhanushkaa Naidu telah menghadiri ‘audition’ dan ditawarkan tempat di dua buah sekolah tarian tersohor di Great Britain iaitu Northern Ballet School, Manchester & Central School of Ballet, London.

Dhanushkaa turut mendapat markah tertinggi di dunia bagi ‘NATD Advanced 1 Ballet dalam tahun 2018’.

Hannah Lim pula lulus ‘Associate Teacher’s Ballet Examination’ yang diduduki beliau.

Sementara itu, Luca Phoenix pula telah terpilih untuk menyertai Royal Ballet School of White Lodge yang akan bermula pada bulan September 2019 yang akan datang nanti. - UTUSAN ONLINE