Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perkhidmatan khas Rapid KL untuk upacara penutup Sukan SEA

- 3
-

KUALA LUMPUR 29 Ogos – RapidKL selaku penyedia pengangkutan awam rasmi Sukan SEA Ke-29 akan terus menyediakan perkhidmatan rel dan bas bersempena acara penutup temasya sukan berkenaan yang berlangsung serentak dengan sambutan ambang kemerdekaan esok.

Pengendali perkhidmatan awam itu dalam satu kenyataan berkata, selain perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang dilanjutkan sehingga ke pukul 2 pagi, bas RapidKL akan berada di lokasi strategik untuk membawa para penumpang ke Stadium Nasional Bukit Jalil dan juga untuk perjalanan pulang selepas upacara penutup.

“Untuk lanjutan perkhidmatan LRT itu, stesen Bukit Jalil dan stesen Masjid Jamek akan dibuka sehingga 2 pagi sementara stesen LRT Bandaraya dan KLCC akan dibuka sehingga 1 pagi,

“Perkhidmatan MRT pula akan membuka stesen Mutiara Damansara, Bukit Bintang dan Bandar Utama sehingga 1 pagi manakala Laluan Monorel KL akan membuka stesen Hang Tuah sehingga 1 pagi,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pengguna yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini boleh keluar di mana-mana stesen LRT, MRT, Monorel KL dan BRT Laluan Sunway walaupun stesen-stesennya sudah ditutup.

Untuk keselesaan, para penumpang disarankan menggunakan Kad MyRapid Touch n’ Go (TnG) atau mana-mana kad TnG. Sekiranya menggunakan token, mereka dinasihatkan untuk

turut membeli token untuk pulang sebelum keluar dari stesen sama ada untuk ke Bukit Jalil, KLCC atau Dataran Merdeka.

“Ini adalah untuk menggelakkan diri mereka daripada perlu beratur untuk membeli token semasa perjalanan pulang,” tambah kenyataan itu.

Untuk bas perkhidmatan khas yang akan bergerak secara ekspres ke Bukit Jalil, lokasi untuk mengambil bas ini adalah Jalan Reko, Terminal Kajang (RM3 sehala), Ampang Point (RM3 sehala), Hab Bas Greenwood, Gombak (RM5 sehala), Hab Bandar Shah Alam (RM5 sehala), Perhentian Bas KLCC (RM3 sehala), Platform C Pasar Seni (RM3 sehala) dan Perhentian Bas di hadapan Nu Sentral, KL Sentral (RM3 sehala).

Sementara perkhidmatan ke Stadium Nasional Bukit Jalil adalah antara 5 petang hingga 8 malam perkhidmatan balik dari kompleks sukan berkenaan adalah antara 10.30 malam hingga

2 pagi.

Kekerapan bas adalah antara 10 hingga 15 minit, bergantung pada keadaan lalu lintas dan RapidKL menasihati para peminat untuk menggunakan perkhidmatannya untuk keselesaan

kerana kawasan parkir di Kompleks sukan berkenaan adalah ditutup. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain