Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, usaha mendidik masyarakat mengenai pengetahuan penjagaan awam amat penting bagi mengekang isu vandalisme selain turut menjimatkan kos penyelenggaraan.

“Sehubungan itu, kerajaan bercadang melaksanakan Dasar Komuniti Negara bagi mewujudkan masyarakat berdaya saing dan mempunyai sikap menghargai harta benda awam.

“Biar mereka buat kerja khidmat masyarakat seperti membersihkan tangga, mencuci longkang dan menyapu sampah kerana ia salah satu cara yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Majlis Iftar dan Infaq Perdana Parlimen Ampang di Masjid Taman Kosas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE