Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad memberitahu, perjumpaan tersebut akan diadakan secepat mungkin agar masalah itu dapat diselesaikan.

“Perbincangan bersama antara penduduk dan MPAJ akan dilakukan pada minggu hadapan,” katanya.

Baru-baru ini, kira-kira 30,000 penduduk membantah projek itu kerana didakwa kawasan tersebut merupakan kawasan yang telah direzabkan untuk tanah kemudahan awam selain menyebabkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintas. - UTUSAN ONLINE