Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima permohonan permit daripada mana-mana pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada 8 Disember depan.

“Setakat ini belum. Saya akan tunggu keputusan daripada kabinet,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan Bersama Agensi Sahabat sempena Hari Penguatkuasa DBKL ke-49 di sini hari ini. 


Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai satu perhimpunan aman besar-besaran yang akan diadakan bagi meraikan kejayaan serta berterima kasih ekoran keputusan kerajaan menolak ratifikasi ICERD baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE