KERJA-KERJA pembaikan paip pecah di kilometer (KM) 6.6, Lebuhraya Persekutuan sedang giat dijalankan. - UTUSAN ONLINE

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad memberitahu, kerja-kerja pembaikan itu dijangka siap pada petang ini.

“Pihak kami telah mendapat kelulusan daripada Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint) untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dalam tempoh 24 jam.

“Segala usaha telah diambil bagi mempercepatkan proses tersebut. Segala kesulitan kami dahului dengan permohonan maaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat dan status terkini kerja pembaikan, orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor di Google Play atau Appstore. - UTUSAN ONLINE