Keadaan penutup longkang yang pecah dan terbuka luas di hadapan petak letak kenderaan itu dibimbangi mengundang rasa tidak selamat kepada orang ramai yang lalu lalang termasuk kenderaan yang diletakkan di hadapan kawasan komersial itu.

Biarpun masalah berkenaan dipercayai sudah lama berlarutan, namun isu yang menghantui pengguna sejak beberapa bulan lalu itu masih gagal diatasi pihak bertanggungjawab. - UTUSAN ONLINE