Daripada jumlah itu, kira-kira 50 peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka kerana lokasi bazar berkenaan didakwa tidak strategik berbanding lokasi lama.

Peniaga, Siti Nur Jannah Abdul Latif Chedzoy, 27, mendakwa mereka seolah-olah telah dikhianati pihak berkuasa tempatan itu kerana pada awalnya pihaknya dimaklumkan bahawa peniaga yang berdaftar secara dalam talian dibenarkan berniaga di lokasi baharu.

Menurutnya, ini kerana lokasi lama perlu ditutup kerana mengganggu laluan utama.

“Apa yang menimbulkan rasa terkilan kami, dua hari sebelum Ramadan lalu, lokasi asal telah dibuka kepada peniaga yang berdaftar di bawah persatuan.

“Kami difahamkan, DBKL telah membenarkan persatuan penjaja untuk berniaga sedangkan perkara itu amat bercanggah dengan ketetapan yang dibuat sebelum ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, lebih mengecewakan lokasi yang disediakan oleh DBKL kepada peniaga persatuan adalah di tapak yang mana terdapat notis pemakluman tiada sebarang aktiviti bazar Ramadan dikeluarkan.-UTUSAN ONLINE