NOTIS pemberitahuan pengurusan trafik yang baharu, di sini baru-baru ini. - Gambar: UTUSAN

Timbalan Pengarah Korporat MPSJ. Azfarizal Abdul Rashid berkata, pelaksanaan sistem baharu itu melibatkan beberapa penutupan laluan utama penduduk di sekitar kawasan berkenaan.

“Antaranya penutupan satu lorong (perlahan) di Persiaran Kewajipan (di atas jambatan Persiaran Kewajipan dengan Lebuhraya Shah Alam) arah Subang Jaya.

“Kedua adalah penutupan pusingan ke kanan (di atas jambatan Persiaran Kewajipan dengan Lebuhraya Shah Alam) arah Kuala Lumpur.

“Dan penutupan pusingan U di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Kewajipan dengan Persiaran Murni,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pengguna jalan raya harus mematuhi papan tanda lalu lintas yang diletakkan di kawasan berkenaan untuk kelancaran trafik dalam menggunakan sistem baharu ini. - UTUSAN ONLINE