DBKL dalam kenyataan di sini hari ini berkata, para pemohon terlibat telah dimaklumkan mengenai proses pengundian tersebut melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan diminta hadir dengan membawa bersama dokumen yang ditetapkan.

“Bagi pemohon yang layak mengundi tetapi gagal dalam proses pengundian petak di lokasi asal permohonan pula, mereka dibenarkan memohon petak di lokasi bazar yang lain.

“Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kekosongan petak dan jenis jualan yang dibenarkan sahaja dengan menggunakan kaedah siapa cepat dia dapat.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar mulai 20 April sehingga 23 April ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemohon yang berjaya mendapat petak tambahan bazar Ramadan Jalan Raja perlu membuat pembayaran mulai 17 April sehingga 19 April ini.

“Pemohon yang membuat pertukaran lokasi tapak di bazar yang lain berdasarkan kaedah siapa cepat dia dapat pula perlu membuat pembayaran mulai 20 April sehingga 23 April ini.

“Semua pembayaran perlu dilakukan secara dalam talian menerusi laman web tps://elesen.dbkl.gov.my/ebazar dan kelewatan tidak akan dipertimbangkan,” katanya. - UTUSAN ONLINE.