Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) dalam satu kenyataan memberitahu, permohonan boleh dikemukakan melalui kakitangan operasi di pejabat perkhidmatan pelanggan di semua stesen Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan juga Monorel.

“Selain mengambil beberapa langkah pencegahan tambahan seperti memaparkan visual kamera litar tertutup dari dalam lif terus

kepada kakitangan bertugas, anggota pasukan tindakan khas turut ditambah di beberapa lokasi panas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan kejadian pukul dan ragut seorang wanita berusia 48 tahun di dalam lif di stesen MRT Taman Mutiara baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE