PENGGUNA sejak awal pagi sudah beratur untuk mendapatkan pelekat RFID secara percuma yang akan dipasang pada kenderaan masing-masing. - UTUSAN ONLINE

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) memaklumkan, pengguna sejak awal pagi sudah beratur untuk mendapatkan pelekat RFID berkenaan untuk dipasang pada kenderaan masing-masing.

"Pengguna masih berpeluang mendapatkan pelekat RFID ini sehingga pukul 5.30 petang ini.

"Pengguna yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan pelekat pada hari ini masih boleh membuat pemasangan pada esok bermula pukul 9 pagi di sini," katanya.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh berhubung terus dengan Norhaslinda Abu Yazid di talian 017-687 1400 atau Mohd. Nor Adnin Osman di 014-319 1443. - UTUSAN ONLINE