Difahamkan, kejadian itu berjaya dikesan penduduk pada dua minggu lalu sekali gus bertindak mematikan paip yang dihubungkan secara haram dengan paip utama tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, insiden berkenaan menambahkan lagi tekanan penduduk memandangkan hampir 30 tahun kawasan mereka tidak dibekalkan air bersih.

“Saya minta Syabas dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil tindakan segera menangani permasalahan ini selain menyalurkan bekalan air ke kawasan mereka,” katanya ketika ditemui selepas mengakhiri tinjauan berhubung insiden berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE