Meskipun pelbagai tindakan telah diambil antaranya membersihkan sampah-sarap yang dibuang, meletakkan bantingmelarang pembuangan sampah malah memasang pita pelekat menutup kawasan itu daripada terus dijadikan sasaran pihak tidak bertanggunjawab, usaha itu tetap sia-sia.

Ini menjadikan lebih 200 penduduk taman perumahan itu yang mula menduduki pe-nempatan tersebut sejak Oktober 2017 resah malah sudah buntu memikirkan apa lagi yang perlu dilakukan bagi mengatasi permasalahan itu.

Salah seorang penduduk taman itu, Mohammad Asrul Mustapa, 35, berkata, tindakan segelintir pihak membuang pelbagai jenis sampah di kawasan itu mula dikesan sejak setahun lalu.

“Setiap kali kami mendapati ada sampah yang dibuang, aduan terus dikemukan kepada wa­kil rakyat dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Walaupun tindakan telah diambil termasuk kerja-kerja pembersihan masalah itu terus berulang sehingga hari ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi pembuangan sampah itu di sini.

Menurutnya, sekiranya tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap si pelaku dibimbangi lokasi itu lama-kelamaan akan menjadi tempat kekal pembuangan sampah haram.

“Keadaan ini jika dibiarkan boleh mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk.

“Penduduk merayu PBT dapat meningkatkan penguatkuasaan termasuk memasang kamera litar tertutup selain mengenakan denda kepada pesalah,” katanya.

Tambah Mohammad Asrul, penduduk percaya perbuatan tersebut dilakukan oleh orang luar kerana mereka pernah me-rakamkan gambar perbuatan pihak terlibat yang membuang sampah di kawasan itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Durian Tunggal, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab turut kesal dengan tindakan segelin-tir pihak yang menjadikan kawasan itu sebagai lokasi membuang sampah.

“Saya mengesa agar PBT terlibat mengambil tindakan tegas terhadap si pelaku bagi memberi pengajaran dan membendung masalah itu daripada berterusan” katanya.