Wakil Penduduk Wong Yat Wai berkata, pembinaan tersebut didakwa telah menyebabkan banjir kilat semakin teruk berlaku di kawasan perumahan mereka dan sekitar.

“Perumahan di Bandar Baru Kundang memang dilanda banjir kilat sejak 10 tahun lalu, namun sejak projek tersebut dilaksanakan keadaan semakin buruk.

“Penduduk benar-benar kecewa dengan MPS yang sengaja memberi kelulusan kepada projek tersebut. Kami tidak menghalang sebarang pembangunan tetapi perlu memikirkan kesan yang terpaksa ditanggung penduduk,” katanya kepada pemberita di tapak projek berkenaan, di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE