TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR

Tengku Adnan berkata, sepanjang tiga penggal menjadi ahli Parlimen Putrajaya, beliau sedaya upaya menyelesaikan pelbagai permasalahan para penduduk termasuk mende­ngar lontaran idea fikiran mereka demi kebaikan bersama.

Menurutnya, selain pemba­ngunan infrastruktur, pendidikan menjadi fo­kus utama beliau sejak dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Saya amat menitikberatkan aspek pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan yang berketrampilan dalam semua aspek, terutamanya pembangunan sekolah agama dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di sini.

“Oleh sebab itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya di Presint 11 dibina,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas mengenai SMKA Put­rajaya, Tengku Adnan selaku Menteri Wilayah Persekutuan memberitahu, pembukaan sekolah berkenaan pada Jun ini sekali gus memberi peluang kepada anak-anak Putrajaya mendapat pendidikan agama.

Beliau menambah kata, pihak­nya ju­ga merancang untuk membina se­buah sekolah tahfiz di Putrajaya.

“Malah kita telah dan akan menambah sekolah-sekolah KAFA di seluruh Putrajaya untuk memastikan pendidikan agama kepada anak-anak diterapkan di peringkat awal,” katanya.

Pada masa sama, Tengku Adnan berkata, isu perumahan mampu milik juga sentiasa menjadi keutamaan kerajaan BN apabila pelbagai ini­siatif dilaksanakan.

Beliau berkata, apa yang dilakukan bertujuan memastikan se­tiap penduduk Putrajaya memiliki kediaman sendiri.

“Antaranya, Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Projek Perumahan Awam 1Malaysia.

“Saya telah lakukan yang terbaik untuk penduduk di sini. Ini termasuk memastikan pembangunan infrastruktur seperti tempat meletak kereta, permohonan kuarters kerajaan, kelas-kelas agama atau KAFA dapat direaliasikan” katanya.