Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Pudina Azhar Hassan memberitahu, antara masalah yang dihadapi termasuklah kerosakan lif, bumbung bocor, alat pencegahan kebakaran tidak berfungsi serta tahap keselamatan bangunan yang diragui.

“Kami tidak berpuas hati dengan hasil kerja pemaju yang sekadar sambil lewa. Hampir lebih 90 peratus rumah diserahkan mempunyai kerosakan malah ada tidak mempunyai pintu.

“Aduan pernah dibuat kepada pemaju tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Diharap pemaju peka dan tidak menganiayai penduduk terutama apabila melibatkan faktor keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perjumpaan bersama penduduk PPA1M Pudina hari ini. - UTUSAN ONLINE